Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pegawai, anggota bomba terima suntikan
  • TEMPATAN

Pegawai, anggota bomba terima suntikan

Utusan Sarawak 4 years ago
UNTUK ALBUM… PPgB Mahmudin Narudin (tengah) bergambar bersama pegawai dan anggota bomba yang menerima suntikan dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Sarikei, Sabtu lalu.

SARIKEI: Seramai 17 pegawai dan anggota bomba menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Sarikei, Sabtu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, 15 dari pegawai dan anggota bomba termasuk beliau menerima suntikan vaksin dos kedua Covid-19 dan dua anggota bomba menerima suntikan vaksin dos pertama Covid-19.

“Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei. Suntikan vaksin Covid-19 ini amatlah penting terutama kepada petugas barisan hadapan seperti kami.

“Kami bertugas di kawasan jangkitan Covid-19 untuk operasi sanitasi.

“Oleh itu suntikan vaksin ini amat penting dan memberi keyakinan untuk kami agar terus bersemangat melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

Katanya, beliau bersyukur kerana telah lengkap untuk suntikan vaksin dos kedua.

“Walaupun telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19, perkara penting adalah memastikan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“SOP mesti sentiasa dipatuhi supaya dapat mencegah penularan Covid-19,” ujarnya.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: 186 terima vaksin Covid-19 di Marudi
Next: 100 INDIVIDU POSITIF COVID-19 SERAH DIRI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.