Serian satu-satunya catat IPU sangat tidak sihat setakat 10.00 malam

Facebook
WhatsApp
SERIAN mencatat bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 204 pada tahap sangat tidak sihat setakat 10.00 malam ini.

KUCHING: Serian menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat setakat 10.00 malam ini.

Berdasarkan bacaan terkini, Serian mencatat IPU 204, manakala kebanyakan stesen pemantauan lain di negeri ini berada pada tahap tidak sihat.

Sarikei merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 185, diikuti Samarahan 182, Kuching 180, Lubok Antu 179, Tebedu 173 dan Lundu 172.

Sementara itu, Samalaju mencatat IPU 165, Sri Aman dan Betong masing-masing 158, ILP Miri 155, Sibu 153 serta Bintulu, Mukah dan Kanowit masing-masing 152.

Empat kawasan pula merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana iaitu Kapit dengan IPU 86, Miri (77), Limbang (71) dan Lawas (66).

Bario kekal mencatat kualiti udara terbaik dengan bacaan IPU 40 yang dikategorikan sebagai baik.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat dan 201 hingga 300 sangat tidak sihat.

Orang ramai disaran terus mengikuti perkembangan semasa kualiti udara serta mengambil langkah berjaga-jaga terutama ketika berada di luar rumah.