Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM sedia bertugas semasa perayaan
  • TEMPATAN

PDRM sedia bertugas semasa perayaan

Utusan Sarawak 2 months ago
HADIR… Dato Mancha Ata menyaksikan majlis Penyematan Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak sentiasa bersedia dalam melaksanakan tugas sepanjang musim perayaan, termasuk sambutan Aidilfitri yang akan datang.  

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, tugas anggota polis akan berjalan seperti biasa, dan kekuatan anggota yang bertugas mencukupi untuk memastikan keselamatan serta kelancaran lalu lintas.

“Orang ramai  yang pulang ke kampung diingati agar mengambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan rumah yang ditinggalkan, sementara pihak polis akan meningkatkan rondaan di kawasan perumahan.  

“PDRM bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat bagi memaklumkan persediaan penuh pasukan keselamatan menjelang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada majlis Penyematan Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Samarahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, hari ini.

Beliau hadir sebagai saksi bagi menyempurnakan acara penting tersebut yang melibatkan pertukaran jawatan antara pegawai kanan polis, yang mana DSP Jaimi Husin secara rasmi menyerahkan tugasnya sebagai Ketua Polis Daerah Kota Samarahan kepada Superintendan Damataries Lautin.

“Saya berharap kepimpinan baharu ini akan membawa IPD Kota Samarahan ke tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dengan pendekatan profesional dan efektif.

“Saya menggesa semua warga PDRM untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi demi keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” jelasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada DSP Jaimi Husin sepanjang 12 bulan 13 hari menerajui IPD Kota Samarahan serta mengucapkan tahniah kepada Superintendan Damataries Lautin atas pelantikan sebagai Ketua Polis Daerah yang baharu.

OLEH MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Pelantikan Timbalan Menteri Utiliti disambut baik
Next: Salam Nuzul al-Quran daripada Utusan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.