Jurulatih Fenerbahce dibaling botol, letak jawatan tetapi ditolak Presiden

Facebook
WhatsApp
JURULATIH Turkiye Fenerbahce, Ismail Kartal, memberikan reaksi ketika perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara UEFA pusingan pertama hari pertama antara Fenerbahce SK dan AS Roma di Stadium Fenerbahce Chobani, Istanbul pada 10 September 2026. Foto AFP

PARIS, Perancis: Jurulatih Fenerbahce, Ismail Kartal, meletakkan jawatan selepas menjadi sasaran balingan botol dari arah tempat duduk penonton ketika kelab itu seri 1-1 dengan Roma dalam saingan Liga Juara-Juara, namun peletakan jawatannya ditolak Presiden kelab.

“Saya meletakkan jawatan dan tidak akan kembali,” kata jurulatih berusia 65 tahun itu yang baharu dilantik pada Jun lalu kepada beIN Sports Turkiye selepas perlawanan.

Bagaimanapun, Presiden Fenerbahce, Aziz Yildirim, berkata Kartal tidak akan meninggalkan kelab.

“Ismail Kartal baharu memulakan tugasnya. Kami menyokongnya,” kata Yildirim.

Kelab yang berpangkalan di Istanbul itu berkata menerusi media sosial bahawa individu yang membaling botol ke arah Kartal sudah dikenal pasti dan dilarang memasuki stadium. – AFP

Kuching City diikat Kitchee 1-1

PETRA JAYA, 15 Oktober: Kuching City FC terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang wakil Hong Kong, Kitchee SC,