Jerebu melanda, kesihatan diri dan keluarga menjadi keutamaan

Facebook
WhatsApp
JEREBU yang melanda menuntut orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan diri dan keluarga.

JEREBU merupakan salah satu fenomena alam sekitar yang boleh menjejaskan kesihatan, khususnya apabila kualiti udara pada tahap yang tidak sihat. Fenomena ini umumnya berlaku apabila udara dipenuhi partikel halus seperti asap, yang menjejaskan kualiti udara dan sistem penafasan.

Apabila jerebu melanda, langit kelihatan kabur, jarak penglihatan berkurangan dan udara menjadi kurang selesa untuk dihidu. 

Meskipun jerebu merupakan masalah alam sekitar semata-mata, impak tersebut secara tidak langsung menjejaskan tahap kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keluarga. 

Dalam keadaan sebegini, kesihatan diri dan keluarga seharusnya menjadi keutamaan. Setiap individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak memandang ringan kesan jerebu terhadap tubuh badan. 

Kesihatan merupakan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Apabila rohani dan jasmani kita sihat, maka secara fitrahnya juga kita akan mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dalam apa jua situasi dan keadaan.

 Justeru itu, Islam amat menuntut umatnya agar memberi perhatian yang serius kepada penjagaan kesihatan diri.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa RA bersabda: “Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah SWT subhanahu wata’ala daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah SWT (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan oleh Allah SWT, dan Allah SWT maha berbuat apa-apa sahaja yang Dia kehendaki, karena ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.” (Hadis Riwayat Muslim) 

MENGHARGAI ALAM SEKITAR

Masalah jerebu juga sepatutnya menjadi peringatan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pembakaran secara terbuka, pencemaran udara dan aktiviti yang merosakkan alam boleh memberikan kesan bukan sahaja kepada alam, tetapi juga kepada manusia dan generasi akan datang. 

Demikian itu, alam sekitar merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia malah ia berhubung kait dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT. 

Sekalian makhluk atas muka bumi ini memerlukan alam sebagai tempat untuk meneruskan kehidupan dan mendapatkan makanan.

Keselesaan hidup manusia bergantung kepada tahap kualiti alam sekitar di sekeliling mereka. Penjagaan alam sekitar juga dititik beratkan dalam Islam.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Araf ayat 56 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah SWT menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah SWT itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.” 

Apa sahaja bentuk kerosakan di atas muka bumi, ia termasuk dalam perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan dibenci oleh-Nya.

Tambahan pula, kita sebagai individu Muslim sudah semestinya wajib mentaati arahan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Allah SWT berfirman lagi: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi sesungguhnya Allah SWT  tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas ayat 77) 






Saidina Umar Al-Khattab sangat mengambil berat ke atas rakyatnya

SAIDINA Umar bin Al Khattab sangat memberatkan kehidupan rakyatnya. Beliau mahukan rakyatnya kaya sedangkan kehidupannya sendiri miskin.

Beliau mahu rakyatnya kenyang sedangkan perut beliau sendiri berlapar.

Sedangkan beliau mampu untuk hidup kaya raya kerana ekonomi kerajaan Islam ketika itu sangat kukuh. Kerajaan Islam di bawah pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab adalah sebuah kerajaan yang sangat kaya.

Namun kehidupan khalifahnya tidak ubah seperti orang miskin. Keadaan inilah yang sangat dikagumi oleh setiap orang.

Abdullah bin Abbas pernah bercerita, “Pada suatu hari, Umar bin Khattab memanggil aku. Maka aku pun memenuhi panggilannya. Ketika aku menemuinya, aku dapati di hadapannya terdapat satu hamparan dari kulit yang di atasnya terdapat emas-emas bertaburan seperti jerami. Umar berkata, “Kemarilah, bahagikanlah (emas-emas) ini kepada kaummu. Allah SWT Maha Mengetahui kenapa Dia menjauhkan (emas-emas) ini dari NabiNya dan dari Abu Bakar, lalu memberikannya padaku. Aku tidak tahu apakah ini akibat baik untukku atau akibat yang buruk”. Maka aku pun mengasingkan emas-emas itu. Tiba-tiba aku terdengar suara tangisan. Ternyata Umar yang sedang menangis sambil berkata, “Tidak, demi Zat yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, Dia tidak menahannya dari Nabi dan dari Abu Bakar kerana menginginkan keburukan bagi mereka dan Dia juga tidak memberikannya kepada Umar kerana menginginkan kebaikan untuknya!”.

Telah diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Saidina Umar bin Al Khattab iaitu Ummul Mukminin Saidatina Hafsah datang menemui Saidina Umar bin Al Khattab.

Saidatina Hafsah tidak tahan melihat ayahnya yang hidup sangat sederhana dan terlalu bersikap zuhud. Lantas Saidatina Hafsah berkata kepada ayahnya, “Allah SWT telah menganugerahkan kebaikan dan melapangkan rezeki untuk ayah. Alangkah baiknya sekiranya ayah memakan makanan yang lebih enak dari ini dan mengenakan pakaian yang lebih bagus dari pakaian ini?”. Maka Saidina Umar bin Al Khattab pun menjawab, “Aku akan membuatmu menjadi hakim untuk menghakimi dirimu sendiri”.

Setelah itu, Saidina Umar bin Al Khattab menceritakan tentang kehidupan susah yang pernah dialami oleh Rasulullah SAW.

Saidina Umar bin Al Khattab terus menceritakan tentang perihal kehidupan baginda hingga membuat Saidatina Hafsah menitiskan air mata.

Kemudian, Saidina Umar bin Al Khattab berkata, “Aku mempunyai dua orang sahabat yang berjalan di satu jalan. Jika aku menempuh jalan yang susah, aku berharap semoga aku bertemu dengan mereka berdua dengan kehidupan yang makmur di negeri akhirat kelak”. (Riwayat Ahmad)

Hanzalah Azman

Jawapan Yang Dinanti

Dalam kehidupan, tidak semua pertanyaan memperoleh jawapan serta-merta. Ada doa yang lama menunggu, usaha yang belum menampakkan hasil, keputusan yang