Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PCDS 2030 PULIHKAN EKONOMI
  • TEMPATAN

PCDS 2030 PULIHKAN EKONOMI

Utusan Sarawak 4 years ago
TERTARIK… Sekitar lawatan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di CENTEXS Lundu.

LUNDU: Lundu dan Sematan berpotensi besar membantu memulihkan ekonomi Sarawak berdasarkan dua sektor utama dalam Strategi Pembangunan 2030 Pasca Covid-19 (PCDS 2030) terdapat di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dua sektor tersebut ialah sektor perlancongan serta pembangunan bakat dan inovasi dalam kalangan komuniti.

“Dalam PCDS 2030, dua sektor utama tersebut dapat membantu kita memulihkan sektor ekonomi Sarawak. Jadi kedua-dua sektor itu dikenal pasti dan akan menjadi platform pembangunan di kawasan Lundu dan Sematan secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) sekali gus merasmikan pembukaan Kampus Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) Lundu serta Penyampaian Kunci Rumah Spektra Permata Lundu dan Sematan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, dari sudut pelancongan kata Abang Johari, kerajaan akan menerapkan kaedah promosi menggunakan cara baharu iaitu ‘augmented reality’ melalui platform secara maya dan media sosial untuk memperkenalkan Sarawak kepada dunia luar.

Sementara itu katanya, bakat-bakat yang ada dalam kalangan penduduk terutama golongan belia pula akan terus dilatih dan diasah demi kepentingan dalam jangka masa panjang.

Disebabkan itu jelas beliau, CENTEXS Lundu ditubuhkan bagi mencapai tujuan itu selain ia memainkan peranan besar merealisasikan impian bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sei Sri Adenan Satem untuk mengembangkan bakat celik teknologi di Sarawak.

Menurut Abang Johari, dalam dunia teknologi digitak yang dipacu data hari ini, maklumat atau data besar adalah segala-galanya serta amat penting dalam pendidikan generasi muda dari segi teknologi.

“Kita telah merealisasikan impian Tok Nan (Adenan) meksipun beliau tidak lagi bersama kita. Saya akan terus melengkapkan anak muda Sarawak dengan pengetahuan asas digital, termasuk kawasan yang berasaskan pelancongan kerana pelancongan merupakan salah satu tarikan Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, penyandang kerusi DUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu serta ahli kenamaan lain.

Oleh SYAMIMI HUSNA

Continue Reading

Previous: GPS beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat
Next: Rokok seludup bernilai RM4.7 juta dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.