Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Patuhi SOP semasa hadiri majlis sosial
  • TEMPATAN

Patuhi SOP semasa hadiri majlis sosial

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Kebanyakan orang menyambut baik penganjuran majlis sosial, agama dan rasmi tidak lagi dihadkan kepada 250 orang bermula 15 Julai ini.

Seorang pegawai bomba, Rosnin@Othman Meni, 54, yang bersetuju dengan keputusan itu berkata, bagaimanapun orang ramai dan penganjur perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang ditetapkan semasa menghadiri majlis berkenaan.

“Sebagai misalan, semua yang hadir pada sesuatu majlis perlu mengikut kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial,” katanya.

Selain itu, katanya, ia memberi kebaikan kerana orang ramai dapat menganjurkan sesuatu majlis tanpa dihadkan dan ini juga adalah satu tindakan yang relevan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Walaupun kita dapat menganjurkan sesuatu majlis bergantung kepada kapasiti ruang, dengan adanya SOP yang ketat, kita yakin penularan wabak Covid-19 dapat dibendung,” ujarnya.

Beliau berharap orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dan jangan berasa terlalu selesa dengan keadaan sekarang sebab wabak pandemik Covid-19 itu tidak kelihatan.

Sementara itu seorang penjawat awam, Law Kim Hin, 53, berkata beliau menyambut baik pengumuman itu dan venue untuk menganjurkan sesuatu majlis hendak luas.

Beliau memberitahu, penganjur majlis harus mengikut prosedur operasi standard yang dibenar. 

“Walaupun kerajaan membenarkan orang ramai menghadiri majlis itu, saringan di pintu masuk, mengambil suhu badan dan memastikan semua yang hadir menggunakan pelitup muka tetap dilaksanakan,” katanya.

Katanya lagi, dengan kehadiran tetamu yang ramai ia dapat memeriahkan sesuatu majlis tetapi  mesti patuh kepada SOP dan berharap pandemik Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya.

Continue Reading

Previous: Buka akaun bank untuk mudahkan pembayaran
Next: PKPP: Masih ramai abai SOP?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.