BEKENU: Semua pihak harus menjaga keselamatan masing-masing dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian pada Program Walkabout ketika melawat Projek Tamu di Tamu Kampung Baraya di Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu semalam.
Katanya, pada PKPP ini boleh menjalankan aktiviti seperti biasa tetapi perlu menjaga keselamatan masing-masing untuk putuskan rantaian wabak Covid-19.
“Setakat ini masih belum ada ubat wabak Covid-19 dan seluruh dunia terkena virus Covid-19.
“Semua pihak sedang busaha memcari ubat dan berusaha untuk menghapuskan wabak Covid-19 ini,” jelasnya.
Antara empat kawasan projek yang dilawati Awang Tengah ialah Tamu Kampung Barayak, tapak cadangan Anjung Usahawan Miri, tapak cadangan Gelanggang Sukan Miri dan Projek Tamu Simpang Bekenu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat turut memohon peruntukan projek kemudahan kampung di sekitra kawasan beliau.
Katanya, permohonan itu adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kawasan menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan dan tempat yang selesa. Ramai penduduk kawasan ini adalah petani, nelayan dan penternak, jelasnya.
Oleh Adum Liu