Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Patuhi SOP elak penularan Covid-19
  • TEMPATAN

Patuhi SOP elak penularan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
MELAWAT… Indit ketika melakukan lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan sekitar Daerah Sri Aman dekat sini semalam.

SIMANGGANG: Garis panduan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan ketika pembukaan sektor ekonomi dan sosial, termasuk perkhidmatan pejabat kerajaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP).

Residen Bahagian Sri Aman, Indit Bangai berkata, ia adalah selaras dengan garis panduan asas operasi pejabat Kerajaan Sarawak semasa dan selepas PKPB.

“Pematuhan adalah penting bagi memastikan keselamatan serta mengekang wabak Covid-19.

“Transformasi budaya atau kebiasaan baharu kerja Penjawat Awam Negeri Sarawak (PANS) yang diamalkan semasa PKPB ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan PANS,” ujarnya ketika melakukan lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan dekat sini semalam.

Selain itu, kata Indit pematuhan garis panduan adalah untuk mencegah penularan wabak dalam kalangan PANS yang merupakan nadi penggerak kemajuan Sarawak.

Indit yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman menasihati agensi dan jabatan kerajaan agar mematuhi piawaian atau SOP.

“Antaranya ialah memberi ingatan mesra kepada agensi agar menyediakan ruangan pendaftaran dengan menulis nama serta nombor telefon pelanggan yang berurusan.

“Turut dititikberatkan adalah menanda ruang tempat duduk pelanggan yang berurusan dengan jarak satu meter,” tegasnya.

Tambahnya, dialog Residen Bahagian Sri Aman bersama-sama PANS di beberapa agensi telah memberi peluang kepadanya untuk lebih memahami dan mengetahui status semasa pematuhan serta pengoperasian agensi Kerajaan Negeri di sekitar Sri Aman.

Continue Reading

Previous: Imarahkan bulan Ramadan
Next: 16 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.