Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasukan silat Lawas raih naib juara di Labuan
  • Utara
  • WILAYAH

Pasukan silat Lawas raih naib juara di Labuan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JUARA SILAT….Pesilat-pesilat dari Persatuan Seni Pencak Silat Jalak Tingkor Wilayah Lawas dan Perguruan Silat Pasak Pupohan Limbang bergambar bersama dengan hadiah kemenangan pada kejohanan itu.

LAWAS: Persatuan Seni Pencak Silat Jalak Tingkor Wilayah Lawas mengungguli kedudukan naib juara keseluruhan Kejohanan Silat Pantai Labuan 2025 yang diadakan pada Jumaat hingga Ahad lepas.


Jurulatih Silat Pusat Pembangunan Sukan Pencak Silat Lawas yang juga Guru Utama Silat Jalak Tingkor Lawas Hamidon  Chulim berkata pesilatnya berjaya mengutip 39 pingat membabitkan 14 pingat emas, 17 perak dan lapan gangsa.


Katanya seramai 47 pesilat dari Lawas turut bertanding dalam kejohanan itu.

“Seorang pesilat kami iaitu Muhammad Khusairi Hafizi Abdullah merangkul gelaran Putra Terbaik Sukma dalam kejohanan berkenaan,”katanya kepada media hari ini.

Sementara itu dua pesilat dari Perguruan Silat Pasak Pupohan Limbang merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang pungat emas pada  kejohanan sama.

Gelaran sang juara dimenangi Aliff Ikhwan Mohamad Noor (Putra Remaja Kelas A) dan Izzuddin Qassam  Ahmad (Putra Remaja Kelas C).

Ketua Jurulatih Pusat Pembangunan Sukan Silat Limbang Zainor Rahman Johari berkata Perguruan Silat Pasak Pupohan Limbang menghantar seramai lima pesilat untuk mengikuti kejohanan tersebut.

Sebanyak 700 pesilat dari seluruh Malaysia dan Brunei mengambil bahagian dalam Kejohanan Silat Pantai Labuan 2025 yang merupakan penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya.

Berlangsung dari 24 hingga 25 April di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, kejohanan selama dua hari itu merupakan antara tarikan utama dalam Cabaran Laut Antarabangsa Labuan 2025 (LISC).

Dianjurkan Persatuan Pencak Silat Kebangsaan (Pesaka) Labuan, kejohanan berkenaan menarik penyertaan pesilat pelbagai peringkat umur dari Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Brunei yang mempamerkan bakat dan kemahiran mereka dalam seni mempertahankan diri tradisi Melayu itu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perkukuh nilai kemanusiaan demi santuni golongan memerlukan
Next: Usaha perlu dipergiat kekalkan sukan tradisional gasing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.