Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pasukan Pickleball ‘Croc Can Dinks’ sokong literasi kanak-kanak
  • SEMASA

Pasukan Pickleball ‘Croc Can Dinks’ sokong literasi kanak-kanak

Utusan Sarawak 7 months ago
‘Croc Can Dinks’ menyerahkan buku-buku itu kepada Amelia Roziman (tengah kiri). Kapitan Dato Lau Sie Lok (dua kiri) mewakili Restoran Hon Ang dan Tat Ee Marketing.

KUCHING: Pasukan pickleball ‘Croc Can Dinks’ yang berpangkalan di Kuching menyumbangkan 300 buku kanak-kanak untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BESarawak, Books Build Legacy, sempena Kejohanan Antarabangsa Borneo Pickleball (BPIT) 2024.

BESarawak menerusi satu kenyataan memberitahu, sumbangan ini menyokong inisiatif impak sosial kejohanan dan menyerlahkan komitmen pasukan untuk mengukuhkan komuniti melalui sukan.

“Pemain dan penonton BPIT 2024 digalakkan untuk menderma buku kanak-kanak baharu atau terpakai, sesuai untuk pembaca berumur 12 tahun ke bawah.

“Sumbangan boleh dibuat mulai sekarang hingga 13 Oktober di lokasi  The Hills Kuching, Sudut Buku @ Food Haven Pejabat DayakDaily (Plaza TT3, Off Jalan Canna, Kuching) dan PIKABOL (10 Oktober – 13 Oktober sahaja),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga organisasi tempatan telah berkumpul untuk menyokong ‘Croc Can Dinks’ dalam BPIT 2024 akan datang.

“BESarawak berbangga untuk menyokong penyertaan mereka di bawah kategori Acara Pasukan sebagai usaha mendekati komunitinya, manakala Restoran Hon Ang dan Tat Ee Marketing melangkah ke hadapan untuk menaja jersi rasmi pasukan,” katanya.

Jelasnya,  penajaan menunjukkan perpaduan antara jenama tempatan dan masyarakat, memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersaing dalam acara sukan antarabangsa.

BPIT 2024 akan diadakan di PIKABOL dari 10 Oktober hingga 13 Oktober.

Seramai 500 pemain di seluruh Asia Tenggara telah mendaftar untuk bertanding dan acara empat hari itu dijangka menarik 2,000 penonton.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk RM22 juta kepada sekolah bantuan Cina
Next: Jabatan Pertanian bangun sistem e-Lesen LRMP tambah baik mutu perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.