Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga
  • Tengah
  • WILAYAH

Pastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAH MRP… Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan MRP kepada penerima. Foto UKAS

BINTANGOR: Sejumlah keseluruhan RM219,800 diperuntukkan kepada 33 persatuan, agensi kerajaan, rumah ibadat dan sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong di bawah geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, geran khas tersebut adalah manifestasi keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga, sejajar dengan komitmen kerajaan di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Peruntukan yang disalurkan ini perlu digunakan dengan bijak dan sebaik-baiknya, agar setiap geran khas ini memberi manfaat secara langsung seperti yang dinyatakan dalam surat permohonan masing-masing,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan geran khas MRP bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Meradong, hari ini.

Antara penerima geran khas tersebut adalah persatuan kebajikan, gereja, masjid, surau serta institusi pendidikan di DUN Meradong.

Tambahnya, geran MRP tersebut juga akan memudahkan pelaksanaan program tahunan serta aktiviti yang dapat menggalakkan penglibatan masyarakat, sekali gus memperkukuh keharmonian dan kesejahteraan di daerah tersebut.

“Ini bukti jelas bahawa kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat semua lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya.

Di majlis sama, beliau turut menyampaikan geran khas kepada masjid dan surau di DUN Meradong bagi menyokong penganjuran program keagamaan sepanjang Ramadan.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Situasi banjir tunjuk trend penurunan, beberapa PPS ditutup
Next: Peruntukan RTP RM5 juta setahun bukan dalam bentuk tunai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.