Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Parti lain bertanding di kawasan PDP dianggap sebagai lawan
  • TEMPATAN

Parti lain bertanding di kawasan PDP dianggap sebagai lawan

Utusan Sarawak 1 month ago
NAIB Presiden PDP Dato Henry Harry Jinep. Foto Uban Dana

ENGKILILI: Parti Demokratik Progresif (PDP) akan mempertahankan kesemua kerusi milik parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13) akan datang.

Naib Presidennya, Dato Henry Harry Jinep, berkata mana-mana parti luar Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berhasrat bertanding di kawasan milik PDP adalah dianggap sebagai lawan.

“Bagi saya bagi pihak GPS, PDP ingin memberitahu yang GPS akan mempertahankan kesemua 82 kerusi pada pilihan raya akan datang.

“Mana-mana parti dari luar GPS adalah merupakan lawan bagi kita pada masa itu nanti, dan kita akan serahkan kepada pengundi untuk menentukan keputusan.

“Pengundi di Sarawak pastinya sudah lebih memahami parti mana yang harus mereka sokong pada PRN nanti kerana hanya GPS yang betul-betul menjaga hak Sarawak ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bertiup kencang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berminat untuk menghantar calon bertanding di kerusi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dan Ba’kelalan.

Katanya, PDP sebagai sebuah komponen dalam GPS, akan turut serta mempertahankan kesemua 82 kerusi milik GPS seperti kenyataan oleh Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini.

Untuk rekod, kerusi Engkilili dan Ba’kelalan kini diwakili oleh Dr Johnical Rayong Ngipa dan Baru Bian daripada PDP selepas Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ramadan didik jiwa, takwa
Next: Pertandingan Pintu Gerbang, Keceriaan meriahkan Malam Tujuh Likur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.