Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Paris sudah sedia untuk Sukan Paralimpik, kata Presiden IPC
  • GLOBAL

Paris sudah sedia untuk Sukan Paralimpik, kata Presiden IPC

Utusan Sarawak 10 months ago
ARC de Triomphe yang dihiasi dengan logo Sukan Paralimpik akan menjadi lokasi acara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 ketika tinjauan fotoBernama di Paris, hari ini. Sukan Paralimpik berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September 2024 melibatkan 4,400 atlet bagi merebut 549 medal dalam 22 acara yang dipertandingkan. FotoBERNAMA

PARIS: Penukaran venue Sukan Olimpik untuk Sukan Paralimpik tidak memberikan cabaran atau kesukaran, dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menegaskan bahawa Paris sudah bersedia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Jika seseorang bertanya kepada saya sama ada bandaraya ini sudah bersedia, saya akan katakan ya.

“Anda perlu membandingkan kemajuan Paris dalam keterangkuman sepanjang tujuh tahun lepas dengan Sukan Paralimpik memainkan peranan penting dalam peningkatan ini,” kata Presiden IPC Andrew Parsons.

Menjelang upacara pembukaan pada Rabu, Parsons memuji usaha kerajaan Perancis.

“Kira-kira €1.5 bilion telah dilaburkan di seluruh negara dalam projek yang menumpukan kepada keterangkuman dan kebolehcapaian. Bandaraya Paris juga telah melabur €125 juta dalam usaha ini,” katanya.

Tumpuan besar diberikan kepada sistem pengangkutan.

Kira-kira 1,000 teksi telah diubah suai untuk memenuhi keperluan orang kurang upaya.

Selain itu, lebih 200 bas telah diubah suai untuk membawa enam kerusi roda setiap satu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Upacara pembukaan Sukan Paralimpik Paris 2024 malam ini
Next: Bangladesh mohon sokongan Malaysia untuk sertai ASEAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.