Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Para SUKMA: Tiga beradik dari Kapit hadiahkan pingat untuk tuan rumah
  • SUKAN

Para SUKMA: Tiga beradik dari Kapit hadiahkan pingat untuk tuan rumah

Utusan Sarawak 8 months ago

TAHNIAH... Julius Jaranding (kiri) dan abangnya, Stanley Jaranding (kanan) bergambar bersama pingat dimenangi.

PETRA JAYA: Tiga beradik berasal dari  Kapit iaitu Donny, Julius dan Stanley Jaranding, hadiahkan tiga pingat dalam acara renang yang berlangsung di Pusat Akuatik Pendelela Rinong, di sini hari ini. 

Donny Jaranding yang merupakan anak kedua daripada empat adik beradik memenangi emas dalam acara 100 meter(m) gaya bebas lelaki kategori S13 (gangguan penglihatan) dengan catatan masa 1 minit 18 saat. 

Emas sah milik Donny Jeranding selepas mengalahkan dua perenang Kedah yang mengungguli tempat kedua dan ketiga. 

Perenang kedah, Muhammad Haziq Abdul Halim memenangi perak dengan catatan masa satu minit 37.33 saat, manakala gangsa milik Muhammad Amin Zakaria yang mencatatkan masa satu minit 44.13 saat. 

Anak bongsu, iaitu Julius pula memenangi pingat perak dalam acara 100m gaya bebas kategori S12 (gangguan penglihatan), mengalahkan abangnya, Stanley yang menduduki tempat ketiga dalam acara yang sama. 

Satu lagi pingat perak dimenangi pagi ini muncul dalam acara 400m gaya bebas lelaki kategori S8/S9, yang dimenangi Rusdianto Rusmadi. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Richard Bada sumbang emas pertama Sarawak
Next: Para SUKMA: Andy Lau pecah rekod 1,500 meter lelaki T1

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.