Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pantau keadaan paras air kawasan berisiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

Pantau keadaan paras air kawasan berisiko banjir

Utusan Sarawak 2 months ago
PEMANTAUAN… Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di tebingan Sungai Nyelong. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Rondaan pemantauan bagi memantau keadaan paras air di kawasan rendah berisiko banjir diteruskan oleh pihak bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Arrahman Chik, rondaan pemantauan adalah bagi mengetahui keadaan terkini paras air di kawasan tersebut.

“Sepasukan bomba telah memantau keadaan paras air di tebingan Sungai Nyelong bermula 9.00 pagi tadi.

“Pemantauan di kawasan ini dijalankan selama 20 minit oleh anggota bomba,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Katanya,keadaan paras air setakat ini di kawasan tersebut adalah dalam keadaan terkawal.

“Rondaan pemantauan dijalankan sempena monsun timur laut (MTL).

“Berdasarkan pemantauan pihak kami, trend air adalah surut, cuaca baik dan keadaan paras air adalah terkawal,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sokongan terhadap persatuan majukan sektor perniagaan tempatan
Next: Banjir tiga kampung di Kapit surut sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.