Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pang Ron-Pei Jing akhiri badi pusingan pertama di Terbuka Indonesia
  • SUKAN

Pang Ron-Pei Jing akhiri badi pusingan pertama di Terbuka Indonesia

Utusan Sarawak 1 hour ago
GANDINGAN baharu beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing akhirnya menamatkan kemarau kemenangan pada pusingan pertama selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

KUALA LUMPUR: Gandingan baharu beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing akhirnya menamatkan kemarau kemenangan pada pusingan pertama selepas mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Pasangan berkenaan mempamerkan aksi meyakinkan untuk menewaskan wakil tuan rumah Marwan Faza-Aisyah Salsabila Putri Pranata 21-17, 21-9 dalam tempoh hanya 31 minit.

Kemenangan itu menandakan kebangkitan yang sangat dinantikan oleh Pang Ron-Pei Jing yang sebelum ini mengalami penyingkiran berturut-turut pada pusingan pertama Malaysia Masters dan Terbuka Singapura bulan lepas.

Pada pusingan kedua kejohanan berprestij Super 1000 itu, Pang Ron-Pei Jing bakal berdepan ujian getir menentang pasangan nombor tiga dunia dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Pasangan Thailand itu menempah slot ke pusingan 16 terbaik selepas mengetepikan wakil Jepun Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 23-21, 19-21, 21-19 pada pusingan pertama.

Cabaran Malaysia akan diteruskan dengan beberapa lagi wakil negara yang dijadualkan memulakan kempen masing-masing, termasuk beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta gandingan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah lewat hari ini.

Semalam, perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua selepas mengejutkan pemain nombor 11 dunia dari Jepun Kodai Naraoka 21-17, 21-17 manakala pasangan beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan wakil Singapura Wesley Koh Eng Keat-Junsuke Kubo 21-17, 21-16.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Liverpool mahu memuktamadkan pelantikan Iraola sebelum Piala Dunia bermula – laporan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.