Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PAK terima sumbangan berjumlah RM30,000 untuk jalankan aktiviti tahun depan
  • Selatan
  • WILAYAH

PAK terima sumbangan berjumlah RM30,000 untuk jalankan aktiviti tahun depan

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir semalam telah menyerahkan peruntukan kepada Persatuan Anak Kabong (PAK) bagi menjalankan aktiviti, tahun depan.

Sumbangan berjumlah RM30,000 itu diserahkan kepada Pengerusi PAK, Semawi Mohamad bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Semawie turut menzahirkan kegembiraan kepada wakil rakyat tersebut kerana bermurah hati memperuntukkan geran berjumlah RM30,000 memandangkan dana itu berupaya menampung keperluan persatuan berkenaan.

“Saya mewakili PAK ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ADUN Kabong atas kesudian beliau menghulurkan dana sebanyak ini.

“Ia sedikit sebanyak berupaya menampung perbelanjaan terutamanya melibatkan kelancaran aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan ini kelak,” katanya.

Tambah Semawi, PAK akan menggunakan dana tersebut dengan sebaik mungkin terutama dalam merangka aktiviti yang berkaitan dengan persatuan.

Dalam pada itu, Chee Kadir berkata setiap penerima geran kerajaan ini diminta untuk memanfaatkan peruntukan itu bagi menganjurkan sebarang aktiviti melibatkan masyarakat. Mereka harus memastikan peruntukan itu digunakan seperti yang dirancang.

“Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan sebegini saban tahun supaya persatuan atau pertubuhan serta rumah ibadat dapat menganjur aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada penduduk setempat dan ia tidak harus disalahguna,” katanya.

Dalam majlis ringkas itu juga, PAK turut menyediakan kek bagi meraikan ADUN Kabong itu atas penganugerahan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’, baru-baru ini.

Oleh Adi Safarman

Tags: Selatan

Continue Reading

Previous: Lebih 500 peserta dijangka sertai Energy Fun Run Ahad ini
Next: 201 pemilik tanah terima cek pampasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.