Padi sekali tanam, hasil hingga empat tahun

Facebook
WhatsApp
PADI perennial atau padi saka yang hanya perlu ditanam sekali tetapi mampu dituai sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga tempoh empat tahun.

MIRI: Impian menghasilkan lebih banyak beras dengan kos lebih rendah kini semakin hampir menjadi kenyataan apabila Sarawak berjaya membuktikan potensi padi perennial atau padi saka.

Padi yang hanya perlu ditanam sekali itu mampu dituai sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga tempoh empat tahun.

Kejayaan itu diraikan menerusi majlis Penuaian Projek Perintis Padi Saka di Kuala Baram di sini  yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

PROJEK itu dilaksanakan BorneoLand Paddy Sdn. Bhd. bersama Universiti Yunnan, China, sekali gus memperkukuh kedudukan Sarawak dalam teknologi pertanian moden dan lestari.

Projek penyelidikan berkenaan dilaksanakan oleh BorneoLand Paddy Sdn.Bhd dengan kerjasama Universiti Yunnan, China, sekali gus meletakkan Sarawak di barisan hadapan dalam pembangunan teknologi pertanian moden dan lestari.

Padi saka yang dibangunkan melalui penyelidikan tersebut bukan sahaja mampu meningkatkan hasil pengeluaran beras, malah dapat mengurangkan kos penanaman, penggunaan tenaga kerja serta memberi pulangan lebih baik kepada petani.

Inovasi itu juga dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh sekuriti makanan Sarawak dan negara, selain mengurangkan kebergantungan terhadap import beras pada masa hadapan.

Oleh Liong Chai Ling