Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Pacuan empat roda musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Pacuan empat roda musnah terbakar

Utusan Sarawak 2 months ago
SEBUAH Mitsubishi Triton Lite berwarna hitam musnah terbakar di Simpang Forest Com, Jalan Kemena, pagi tadi. Foto PGO JBPM Sarawak

BINTULU: Sebuah kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di Simpang Forest Com, Jalan Kemena, pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 10.53 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Eric Wilson Jutin berkata, jentera bomba tiba di lokasi pada 11.04 pagi, kira-kira 10 kilometer dari balai, dan mendapati sebuah Mitsubishi Triton Lite berwarna hitam telah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba segera menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 11.22 pagi,” katanya.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta ranap dijilat api di parkir
Next: Dua kenderaan, sebuah motosikal musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.