Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • OUM tanam 2,500 pokok sempena ulang tahun ke-25 
  • TEMPATAN

OUM tanam 2,500 pokok sempena ulang tahun ke-25 

Utusan Sarawak 2 months ago
SEKITAR Program CSR ‘Save Our Earth’ anjuran OUM di Hutan Simpan Sabal, Simunjan semalam. Foto UKAS

SIMUNJAN: Open University Malaysia (OUM) meneruskan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dengan menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ‘Save Our Earth’ di Hutan Simpan Sabal, Simunjan semalam. 

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha OUM untuk menanam sebanyak 2,500 pokok sempena ulang tahun ke-25 penubuhannya yang akan disambut pada Ogos tahun ini.

Menurut OUM menerusi satu kenyataan, program itu melibatkan 120 peserta terdiri daripada pelajar, alumni, tutor dan kakitangan OUM Cawangan Kuching bersama-sama dengan komuniti setempat.

Mereka berjaya menanam sebanyak 500 anak pokok hutan dalam tempoh sehari sebagai simbol usaha bersama memelihara alam sekitar.

Menurut OUM, program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan menghargai sumber semula jadi, selain menggalakkan penglibatan secara aktif dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

“Usaha menanam pokok ini bukan sahaja menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar, tetapi juga melambangkan komitmen OUM dalam membina masa depan yang lebih hijau dan lestari.

“Inisiatif ini sejajar dengan matlamat pembangunan mampan negara dan memperlihatkan peranan institusi pendidikan tinggi dalam mendidik masyarakat tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar,” katanya.

PESERTA Program CSR ‘Save Our Earth’ anjuran OUM di Hutan Simpan Sabal, Simunjan merakam gambar bersama, semalam. Foto UKAS

Tambahnya, OUM juga berharap lebih banyak program seperti ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan dan komuniti tempatan pada masa akan datang.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan turut mendapat sokongan daripada pelbagai agensi serta penduduk kampung sekitar.

Majlis penanaman pokok tersebut turut diserikan dengan kehadiran Presiden dan Naib Canselor OUM, Professor Dr Ahmad Izanee Awang.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kecil Balai Ringin Mohamad Adam Muslin Abdullah, Timbalan Pengarah JHS Happysupina dan Penolong Pengarah Hutan Kanan JHS Zarina.

Wakil dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Serian, guru-guru dari SJK Chung Hua Sambir serta penduduk dari Kampung Sungai Kura, Kampung Sabal Jaya, Kampung Sabal Aping dan Kampung Sabal Kruin juga hadir memeriahkan program ini.

Oleh Rynna Sha’erra

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Teroka potensi Simanggang bagi projek pam hidro – Abang Johari
Next: Projek mitigasi banjir: Kuching jadi keutamaan dalam peruntukan RM4 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.