Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai teruja guna Jambatan Batang Rajang
  • WILAYAH

Orang ramai teruja guna Jambatan Batang Rajang

Utusan Sarawak 2 months ago
Kaunselor Misiah Abu Seman
Mohammad Hafizul Bujang
Jaiee Julai

SARIKEI: “Setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan tahniah juga kepada rakyat di kawasan Sarikei, khasnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang, Repok, Meradong dan sekitarnya,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS), Kaunselor Misiah Abu Seman. 

Katanya, dengan siapnya Jambatan Batang Rajang, ia meningkatkan ekonomi dan perjalanan ke Sarikei- Tanjung Manis menjadi lebih singkat. 

“Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Len Talif, Datuk Abdullah Saidol, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, Ir. Yusuf Abd Wahab dan Datuk Ding Kuong Hiing. 

“Mereka merupakan wakil rakyat yang bersama-sama kita berjuang untuk mendapatkan jambatan ini juga,” katanya ketika ditemu bual Utusan Sarawak pada majlis Prapelancaran Jambatan Batang Rajang, hari ini. 

Sementara itu, Mohammad Hafizul Bujang, 28, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berharap jambatan tersebut digunakan sebaik mungkin.

“Perasaan kami apabila melihat Jambatan Batang Rajang ini siap dibina, sungguh gembira dan berbangga sebab ia laluan yang mudah untuk kami ke seberang sana.  “Tidak seperti dulu, yang mana kita mesti merentas ke Sibu,” katanya. 

Bagi Jaiee Julai, 60, berasal dari Sarikei bersyukur kerana akhirnya Jambatan Batang Rajang telah siap. 

“Syukur sangat-sangat kerana dapat berhubung dari Tanjung Manis ke Sarikei. 

“Keluarga kami juga ada di Jerijeh dan Belawai memang jauh… sekarang ini, Alhamdulillah,” katanya.

Continue Reading

Previous: Kelongsong ketupat peniaga Cina ‘licin’
Next: Amalan ‘seperah’ gamit nostalgia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.