Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah esok
  • Tengah
  • WILAYAH

Orang ramai dijemput sertai kempen derma darah esok

Utusan Sarawak 6 months ago
POSTER… Kempen derma darah anjuran Gabungan Persatuan Buddha Sibu dan Kementerian Kesihatan (KKM), esok.

SIBU: Orang ramai dijemput memberi sokongan kepada kempen derma darah anjuran Gabungan Persatuan Buddha Sibu yang akan diadakan, esok.

Menurut jurucakap pihak penganjur, kempen kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu anjuran bersama Gabungan Persatuan Buddha Sibu dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan diadakan di Persatuan Buddha Sibu, Jalan Tun Abang Haji Openg.

Katanya, kempen bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang bertujuan membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi kegunaan Hospital Sibu.

Sepanjang kempen berlangsung, turut diadakan ialah kaunter permohonan Kenyalang Gold Card (KGC) dan Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB).

Orang ramai pada masa sama, juga boleh mendapatkan pemeriksaan gigi dan rawatan gigi menerusi Program Kolaborasi Kesihatan Oral dan Agama (KOA).

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Penyat, Sepudun siap lebih awal daripada jadual asal
Next: Cipta kemajuan bersama kunci kelab kekal bertahan setelah 35 tahun penubuhan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.