Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Orang awam kehilangan saudara mara, sila buat pengecaman mayat terapung tanpa identiti
  • WILAYAH

Orang awam kehilangan saudara mara, sila buat pengecaman mayat terapung tanpa identiti

Utusan Sarawak 8 months ago

KPD Meradong, DSP Sekam Anoi (gambar fail)

BINTANGOR: Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi memohon mana-mana orang awam yang kehilangan saudara mara lelaki berusia dalam lingkungan umur 30-50 tahun tampil ke Balai Polis Bintangor bagi tujuan pengecaman dan semakan identiti mayat. 

Katanya, pada 28 Ogos 2024, jam lebih kurang 8.10 malam, pihak polis memerima maklumat daripada orang awam yang telah menjumpai mayat lelaki terapung dalam keadaan meniarap, berseluar panjang warna gelap serta tidak berbaju di perairan Sungai Penasu. 

“Siasatan awal yang dilakukan pihak polis mendapati mayat tersebut tiada sebarang dokumen pengenalan diri. 

“Mayat dipercayai telah berada di dalam sungai dalam jangka masa melebihi lima hari berdasarkan keadaan mayat yang telah reput dan berbau busuk,” katanya kenyataan media hari ini.

Katanya, orang awam yang ingin membuat pengecaman mayat dan semakan identiti mayat boleh berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mujok Seli di talian 01125068028 atau 084-691150 (pejabat).

“Mayat masih berada di Bilik Forensik Hospital Sarikei,” katanya. 

Continue Reading

Previous: SUPP Bawang Assan hantar sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Hilir
Next: Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman Jumaat, Sabtu ini selit tiga program

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.