Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi Samseng Jalanan: Polis Sibu keluarkan 66 saman  
  • JENAYAH

Operasi Samseng Jalanan: Polis Sibu keluarkan 66 saman  

Utusan Sarawak 7 months ago
SEBANYAK 66 saman telah dikeluarkan dan seorang remaja telah ditahan kerana melakukan aksi bahaya ala ‘Superman’. 

SIBU: Sebanyak 66 saman telah dikeluarkan dalam ‘Operasi Samseng Jalanan’ yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Sibu dalam usaha membanteras salah laku trafik di kawasan ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, operasi dua hari ini melibatkan pemantauan di beberapa lokasi strategik termasuk Jalan Awang Ramli Amit, Jalan Bujang Suntong, dan Dataran Fasa II Sibu.

Operasi tersebut melibatkan 36 pegawai dan anggota dari pelbagai bahagian IPD Sibu, antaranya Balai Polis Sungai Merah, Balai Polis Sentral, Balai Polis Sibu Jaya, dan Balai Polis Lanang.

“Dalam operasi ini, sebanyak 25 motosikal dan 30 individu telah diperiksa bagi mengenalpasti pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah motosikal tanpa nombor pendaftaran, cermin pandang belakang yang tidak lengkap, ketiadaan lesen memandu, serta pengubahsuaian ekzos yang mengganggu ketenteraman awam.

“Kesalahan motosikal tanpa nombor pendaftaran mencatatkan jumlah tertinggi dengan 14 saman, diikuti oleh kesalahan tiada cermin pandang belakang sebanyak 16 saman,” kata kenyataan itu.

Selain itu, turut ditahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun kerana menunggang motosikal sambil melakukan aksi bahaya ala “Superman.”

Remaja tersebut kini berdepan tindakan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Di samping itu, sebanyak 17 motosikal yang diubah suai secara tidak sah turut disita sepanjang operasi ini dan bakal diambil tindakan lanjut di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis memaklumkan bahawa operasi bersepadu ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan menegaskan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan secara berkala untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta mendidik orang ramai agar lebih berdisiplin di jalan raya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Perbalahan berterusan punca Diana Danielle sekali lagi fail cerai terhadap Farid Kamil
Next: Guru rugi RM80,111 diperdaya sindiket pekerjaan sambilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.