Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Operasi cari seorang lagi anggota tentera hilang di Gerik diteruskan pagi ini
  • KEMALANGAN

Operasi cari seorang lagi anggota tentera hilang di Gerik diteruskan pagi ini

Utusan Sarawak 6 months ago
GAMBAR hiasan.

IPOH: Operasi mencari seorang lagi anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding, dekat Gerik diteruskan pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata usaha mencari masih diteruskan pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota polis dan tentera di sekitar kawasan Sungai Merah itu.

“Cuaca tidak menentu ketika ini, tetapi sehari dua ini nampak cuaca baik, cuma hujan di sebelah petang dan malam, sekarang ini cuaca mendung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

TDM dalam kenyataan malam tadi mengesahkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam operasi di Banding pada 30 November lepas.

Tujuh anggota yang terlibat ditemukan selamat pada 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun LKpl Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka dan LKpl Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi daripada pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing, Johor, hilang.

Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi ditemui pada 1 Disember di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Jenazah anggota komando lemas di Perak selamat dikebumi di Kampung Jemoreng, Matu
Next: Warga emas antara tujuh individu cedera dalam pertembungan dua kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.