Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Lusuh: Polis tahan dua lelaki mencurigakan  
  • JENAYAH

Op Lusuh: Polis tahan dua lelaki mencurigakan  

Utusan Sarawak 4 months ago

BAU: Dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun berjaya ditahan oleh pihak polis dalam operasi “Op Lusuh” yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, 11.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Dr Daram Ruer, kenderaan jenis Proton Wira berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan dikesan oleh pasukan polis semasa rondaan.

“Ketika cuba ditahan, suspek bertindak memecut kenderaan mereka, menyebabkan polis mengejar mereka sebelum kenderaan tersebut berjaya dihentikan.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, pihak polis menemukan segulung kabel, peralatan untuk pecah rumah, dan senjata tajam.

“Semakan rekod jenayah mendapati kedua-dua suspek pernah terlibat dalam kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Dalam pada itu, kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret bagi membantu siasatan dan mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes-kes curi lain.

Pihak polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan mencuri kabel di kawasan Bau agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian 082-763311. 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes budak lelaki meninggal dunia dalam kereta dirujuk ke Jabatan Forensik
Next: Polis rampas lebih 17,000 karton arak tanpa cukai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.