Nyaris maut langgar kereta keluar simpang

Facebook
WhatsApp
MUSNAH… Keadaan motosikal yang remuk akibat pertembungan kuat dengan kereta di Simpang Kampung Kelapa di KM45 Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu semalam.• Foto ADUM LIU

BEKENU : seorang lelaki nyaris maut selepas motosikal yang ditungangnya bertembung dengan sebuah kenderan dalam kemalangan raya di kilometer (KM) 45 Jalan Persisiran Pantai Miri Bintulu petang semalam.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang dalam perjalanan dari pekan Bekenu menuju ke Sepupok dan tiba-tiba bertembung dengan kenderaan dipandu seorang wanita yang keluar  dari simpang.

Sementara itu, pemandu kenderaan tersebut ketika ditemui berkata, kemalangan tersebut berpunca daripada pandangannya terlindung oleh sebuah lori yang diletakan di bahu jalan ketika ingin dari keluar dari[pada simpang tersebut.

Kejadian jam 1.00 petang berdekatan Jambatan Sibuti itu mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan di kaki kiri sementara pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.