Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Netflix umum tayangan pawagam filem baharu ‘Narnia’ pada 2027
  • HIBURAN

Netflix umum tayangan pawagam filem baharu ‘Narnia’ pada 2027

Utusan Sarawak 6 hours ago
FILEM “Narnia: The Magician’s Nephew” akan ditayangkan di pawagam pada 12 Februari dan di platform penstriman pada 2 April.

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Netflix akan menayangkan filem secara global di pawagam hampir dua bulan sebelum ia dilancarkan di platform penstriman, sekali gus menjadi langkah pertama seumpamanya oleh syarikat tersebut.

Filem “Narnia: The Magician’s Nephew” akan ditayangkan di pawagam pada 12 Februari dan di platform penstriman pada 2 April, menurut kenyataan Netflix.

Pada asalnya, filem itu dirancang untuk ditayangkan dalam format IMAX pada November ini, iaitu sebulan sebelum pelancarannya di platform penstriman.

Netflix, yang berasaskan tontonan di rumah secara berterusan, sebelum ini turut pernah menayangkan beberapa filem di pawagam.

Tahun lalu, “K-Pop Demon Hunters” yang memenangi dua Anugerah Oscar menikmati tayangan pawagam yang berjaya di beberapa lokasi terpilih dua bulan selepas debut di platform tersebut.

Dalam perkembangan industri, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Ted Sarandos, menyatakan kesediaan untuk menghormati tempoh tayangan pawagam selama 45 hari yang lazim digunakan oleh studio besar seperti Warner Bros. Discovery.

Pada Mac lalu, selepas Netflix menarik diri daripada bidaan untuk Paramount, Sarandos mengadakan pertemuan dengan pengusaha pawagam dalam satu sesi yang disifatkan sebagai konstruktif, walaupun tiada keputusan muktamad dicapai.

“Narnia: The Magician’s Nephew” merupakan adaptasi daripada novel The Magician’s Nephew karya C.S. Lewis yang diterbitkan pada tahun 1955.

Filem ini diarahkan oleh Greta Gerwig, yang sebelum ini mengarahkan filem “Barbie” dan “Little Women”. Beliau menyambut baik penjadualan tayangan oleh Netflix.

“Bekerjasama dengan Netflix untuk menghasilkan filem ini merupakan pengalaman yang luar biasa, dan IMAX terus menjadi rakan kongsi yang hebat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya tidak sabar untuk penonton menyaksikan filem ini di pawagam pada 12 Februari dan di Netflix pada 2 April,” tambahnya.

Barisan pelakon utama filem ini termasuk pelakon muda David McKenna dan Beatrice Campbell, selain Emma Mackey, Carey Mulligan, Daniel Craig dan Meryl Streep. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Keputusan mengejut pilihan raya negeri India, parti diterajui bintang filem menang di Tamil Nadu
Next: Disneyland Hong Kong anjur uji bakat di Kuala Lumpur Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.