
KRIAN: Projek menaik taraf bekalan air bersih lima buah rumah panjang di Ulu Gerenjang dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian akan bermula penghujung tahun ini.
Lima rumah panjang terbabit iaitu Rumah Jungan, Rumah Henry Sang, Rumah Ancharang, Rumah Garan dan Rumah Bonnie.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik telah menghadiri taklimat projek bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di Pusat Dalam Komuniti Nanga Budu, semalam.
Projek menaik taraf bekalan air itu telah diluluskan pada tahun lalu dan dijangka bermula pada penghujung 2025.
Menurut maklumat dari JBALB, setakat ini tahap kerja, dimana perunding telah dipilih dan telah mula menjalankan tinjauan untuk menentukan aliran tanah yang akan disasarkan oleh saluran paip.
Maklumat mengenai projek tersebut telah disampaikan oleh Jurutera JBALB Bahagian Betong, Tay Chiaw Teck dan perunding kepada penduduk.
Turut hadir, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Nanga Budu, Hatta Adenan, Penghulu Anyom Kinyih, Tuai Rumah Jungan, Tuai Rumah Henry Sang dan Tuai Rumah Ancharang.
Oleh Adi Saparman