Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas pesawat PIA: 97 maut, dua terselamat
  • GLOBAL

Nahas pesawat PIA: 97 maut, dua terselamat

Utusan Sarawak 5 years ago

EDITORS NOTE: Graphic content / Rescue workers move a body of a victim from the wreckage after a Pakistan International Airlines aircraft crashed at a residential area in Karachi on May 22, 2020. - A Pakistani passenger plane with nearly 100 people on board crashed into a residential area of the southern city of Karachi on May 22. (Photo by Asif HASSAN / AFP)

KARACHI: Seramai 97 orang maut, manakala dua lagi terselamat, apabila sebuah pesawat penumpang terhempas ke atas rumah, di sini, semalam, kata pegawai kesihatan, semalam.

Pesawat Pakistan International Airlines (PIA) itu dilaporkan membuat pelbagai percubaan untuk mendarat di lapangan terbang bandar itu sebelum terhempas di kawasan perumahan dan turut merosakkan bangunan, sekali gus menyaksikan operasi menyelamat dikerah sepanjang malam tadi.

Semua penumpang serta anak kapal telah dikira, dan mayat mangsa ditemui di lokasi nahas dengan 19 daripadanya sudah dikenal pasti, kata Kementerian Kesihatan Sindh.

Terdahulu, sebuah hospital tempatan melaporkan ia telah menerima mayat mangsa yang terkorban di atas tanah dalam kejadian itu.

Lokasi nahas berkenaan masih ditutup, setakat pagi semalam.

Asap tebal kelihatan berkepul ke udara ketika anggota penyelamat dan penduduk berusaha mengesan mangsa di sebalik serpihan, manakala bomba pula bergelut memadamkan kebakaran.

Seorang wartawan AFP di lokasi kejadian turut menyaksikan mayat rentung dibawa ke dalam ambulans.

Menurut PIA, pesawat berkenaan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara sejurus jam 2.30 petang waktu tempatan ketika dalam penerbangan dari Lahore ke Karachi.

Kemalangan itu berlaku ketika warga Pakistan sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan ramai dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Sementara itu anggota bomba di lokasi kejadian, Sarfraz Ahmed, memberitahu AFP bahawa bahagian muncung dan fiuslaj pesawat Airbus A320 itu mengalami kerosakan teruk akibat nahas berkenaan.

Malah, beliau berkata, anggota penyelamat mengeluarkan mayat yang ditemui masih memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk.

Juruterbang pesawat itu, Sajjad Gull, yang menurut satu kenyataan rasmi adalah juruterbang kanan A320 dengan pengalaman luas, dikatakan mengadu timbul masalah selepas melakukan percubaan kali kedua ke landasan, sebelum pusat kawalan trafik udara terputus hubungan dengan beliau.

PIA menjanjikan siasatan bebas sepenuhnya.

Menteri Dalam Negeri, Ijaz Ahmad Shah, pula memaklumkan bahawa pesawat itu dipercayai mengalami masalah teknikal dan juruterbang dikatakan membuat panggilan kecemasan selepas satu enjinnya tidak berfungsi. – AFP

Continue Reading

Previous: Lubnan alami krisis makanan terbesar
Next: Afrika catat lebih 100,000 kes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.