Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Nahas pesawat Jeju Air: Mayat 174 mangsa sudah dikenal pasti
  • GLOBAL

Nahas pesawat Jeju Air: Mayat 174 mangsa sudah dikenal pasti

Utusan Sarawak 4 months ago

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi nahas pesawat Jeju Air. - Foto AFP

SEOUL: Mayat 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air pada Ahad lalu telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan Korea Selatan, hari ini, lapor Xinhua.

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa 32 mangsa gagal dikenal pasti melalui cap jari sebelum 17 daripadanya dikenal pasti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pertama dan 10 lagi menerusi ujian DNA kedua.

Bagaimanapun, lima mayat masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA.

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti telah diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian sudah dimulakan, menurut kementerian itu lagi.

Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat mangsa kepada keluarga masing-masing berkemungkinan akan mengambil masa hingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk.

Dalam kejadian Ahad lalu, pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer di barat daya Seoul.

Insiden itu dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan yang menyebabkan pesawat terbabit mendarat tanpa roda sebelum merempuh dinding luar landasan lalu terbakar. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Teori punca nahas Jeju Air
Next: 2 rakyat Malaysia cedera ringan kemalangan bas di Norway – Wisma Putra

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.