Muzium Arkeologi Niah dibuka semula kepada orang ramai, masuk secara percuma

Facebook
WhatsApp

NIAH: Muzium Arkeologi Niah telah dibuka semula kepada orang ramai, dan kemasukan adalah percuma.

Pengumuman itu telah disampaikan oleh pihak Jabatan Muzium Sarawak melalui Facebook rasminya, semalam.

Waktu operasi Muzium Arkeologi Niah adalah Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 4.45 petang.

Sementara itu, pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, muzium tersebut beroperasi dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Sebelum ini, pada 30 Januari tahun lepas Jabatan Muzium Sarawak telah mengeluarkan satu notis penutupan semetara Muzium Arkeologi Niah.

Penutupan itu, menurut jurucakap muzium berkenaan, atas faktor keselamatan kerana berlaku banjir di Taman Negara Niah dengan kenaikan paras air yang tinggi, dan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Oleh Adum Liu

IPU Kuching terus meningkat, cecah 174

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat apabila mencatat bacaan 174 setakat 4.00 petang ini, berbanding 161 pada

Menyemai ukhuwah, memperkukuh perpaduan

PERPADUAN merupakan satu sumber kekuatan dalam masyarakat. Malaysia dibina atas latar masyarakat yang berbeza dari sudut kaum, agama, bahasa dan