Menyemai ukhuwah, memperkukuh perpaduan

Facebook
WhatsApp
ARISSA El Zahra, 13, bersama ibu bapanya Noorazlin Zulkifly, 40 dan Reduan Saad, 41 ketika ditemui di Taman Utama Bercham semalam. Arissa El Zahra yang menghidap skoliosis kini kembali menikmati kehidupan normal selepas selamat menjalani pembedahan pembetulan tulang belakang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pada 8 September lalu. Foto BERNAMA

PERPADUAN merupakan satu sumber kekuatan dalam masyarakat. Malaysia dibina atas latar masyarakat yang berbeza dari sudut kaum, agama, bahasa dan adat resam.

Akan tetapi, perbezaan tersebut tidak seharusnya menjadi sebab untuk kita memutuskan hubungan  silaturahim, sebaliknya menjadi kekuatan untuk membina sebuah negara yang aman dan harmoni.

Dalam konteks kehidupan masyarakat, ukhuwah menjadi salah satu asas penting yang mampu menyatukan hati dan membentuk ikatan yang saling menghormati satu sama lain. 

Islam amat menitikberatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: “ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu beroleh rahmat.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa persaudaraan merupakan nilai yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim. Ukhuwah bukan hanya mengenai hubungan kekeluargaan, bahkan merangkumi sikap saling menyayangi, membantu, menghormati dan menjaga keharmonian sesama manusia. 

Amalan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum wajarlah dihayati menerusi corak kehidupan harian.

Kita mungkin berbeza bahasa pertuturan, makanan tradisional dan cara meraikan perayaan, namun perbezaan tersebut tidak menghalang kita daripada hidup sebagai satu masyarakat.

Sikap menghormati budaya dan kepercayaan orang lain merupakan salah satu cara menyemai keharmonian.

Penerimaan harmoni tanpa prasangka dalam kalangan masyarakat dapat dicapai dengan mudah apabila kepelbagaian diiktiraf sebagai sebahagian daripada identiti Malaysia.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi.” (riwayat Bukhari) 

Pembentukan perpaduan yang utuh tidak bersandarkan kepada slogan atau sambutan bermusim semata-mata. Asas perpaduan seharusnya bermula daripada peringkat individu, sebelum dizahirkan dalam institusi kekeluargaan, pendidikan, kerjaya, dan masyarakat. Justeru itu, perkara yang kelihatan kecil seperti memberi salam, bertanya khabar, membantu jiran, menghormati orang yang lebih tua dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sebenarnya mampu membina hubungan yang lebih erat.

Ukhuwah tumbuh melalui interaksi yang ikhlas dan konsisten. Semakin banyak ruang untuk masyarakat bergaul dan bekerjasama, semakin kuat rasa saling memahami antara satu sama lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung pertalian silaturrahim.” (riwayat Bukhari dan Muslim) 

BERSAMA MENJAGA PERPADUAN, BERSAMA MEMBINA MALAYSIA 

Ancaman terhadap keutuhan perpaduan menjadi semakin mencabar dan rencam dalam arus pemodenan kini.

Media sosial memberi peluang kepada masyarakat untuk berhubung dengan pantas, tetapi pada masa yang sma boleh menjadi ruang penyebaran fitnah, penghinaan dan berita yang tidak benar. 

Kata-kata di media sosial kelihatan ringan, tetapi boleh mencetuskan kesan mendalam apabila melibatkan isu keagamaan dan perkauman.

Oleh itu, setiap pengguna media sosial perlu mempunyai tanggungjawab untuk menyemak sesuatu maklumat sebelum berkongsi serta menggelakkan komen yang boleh mencetuskan permusuhan.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” 

Amalan tabayyun amat penting dalam era moden ini bagi menjamin kesahihan sesuatu maklumat sebelum ia dipercayai atau ditularkan.

Langkah proaktif ini bukan sahaja mampu membenteng diri daripada terjebak dalam dosa, malah berupaya memelihara masyarakat daripada ancaman berita palsu yang boleh menggugat keharmonian sejagat.

Keadilan Saidina Ali RA dalam pemerintahan

SAIDINA Ali merupakan seorang khalifah yang adil dalam pemerintahannya. Di bawah pemerintahannya, semua orang mendapat hak-hak mereka.

Beliau tidak melebihkan golongan yang kuat dan berpengaruh. Selain itu, beliau juga tidak mengabaikan golongan yang lemah.

Suatu ketika, Ja’dah bin Hubairah bertemu dengan Saidina Ali dan berkata, “Wahai Amirul Mukminin, jika datang kepadamu dua orang, salah satunya sangat mencintaimu sementara yang lain sangat memusuhimu, apakah engkau akan berpihak pada yang pertama dalam memutuskan sesuatu perkara?”

Mendengar pertanyaan tersebut, lantas Saidina Ali menepuk dada Ja’dah sambil berkata, “Kalau aku menghukum semata-mata kerana diriku, maka aku akan berbuat seperti itu, namun aku menghukum semata-mata kerana Allah SWT, maka aku sama sekali tidak akan melakukan seperti itu”.

Dalam satu peristiwa yang lain pula, telah datang dua orang perempuan kepada Saidina Ali. Seorang daripada mereka adalah wanita Arab, manakala seorang lagi adalah wanita asing. Maka Saidina Ali telah memberikan mereka masing-masing sejumlah makanan dan wang sebanyak 40 dirham.

Wanita asing itu lantas mengambil bahagiannya dan terus beredar dari situ. Sementara wanita Arab tersebut berasa tidak puas hati lantas berkata, “Wahai Amirul Mukminin, engkau memberikan aku jumlah yang sama dengan orang itu, padahal aku seorang wanita Arab dan dia wanita asing”. Mendengar kata-kata wanita Arab itu, Saidina Ali berkata, “Aku melihat Kitabullah, tidak aku mendapati di dalamnya ada kelebihan keturunan Isra’il ke atas keturunan Ismail “

Antara kisah keadilan Saidina Ali yang masyhur ialah peristiwa kehilangan baju besi beliau. Pada suatu hari di zaman kekhalifahan Saidina Ali, beliau pergi ke pasar, tiba-tiba beliau bertemu dengan seorang Yahudi yang menjual baju besi.

Saidina Ali dapat mengecam dengan jelas bahawa baju besi tersebut adalah baju besi miliknya yang telah hilang dicuri.

Sehubungan dengan itu, beliau pun berkata kepada Yahudi tersebut, “Baju besi ini adalah milikku. Namun begitu, Yahudi tersebut telah menafikannya. Oleh itu, Saidina Ali mengajak Yahudi tersebut kemuka pengadilan di mana hakim di Madinah pada ketika itu ialah Qadi Syuraikh. Lantas kedua-dua mereka pergi berjumpa dengan Syuraikh bagi mendapatkan pengadilan. Apabila di hadapan hakim, Saidina Ali pun berkata “Ini adalah baju besi aku yang hilang sejak sekian lama”. Kemudian, Qadi Syuraih pun bertanya pula pada orang Yahudi itu, “Apa pendapatmu wahai orang Yahudi?” Orang Yahudi itu menjawab, “Bukanlah niatku untuk menuduh Amirul Mukminin sebagai pendusta, tetapi baju besi ini sememangnya milik aku”. Lalu Qadi Syuraikh meminta Saidina Ali mengemukakan bukti bahawa baju besi itu miliknya. Tetapi Saidina Ali gagal menunjukkan sebarang bukti. Maka Qadi Syuraikh pun berkata, “Aku tidak melihat sebarang alasan yang munasabah untuk mengambil baju besi itu dari tangannya”.

Yahudi tersebut begitu kagum dengan keadilan yang ditunjukkan oleh Qadi Syuraikh dan Khalifah Ali. Walaupun Qadi Syuraikh dilantik menjadi hakim oleh Saidina Ali, namun beliau tidak takut untuk membuat keputusan yang tidak berpihak kepada khalifah.

Sementara itu, Saidina Ali pula akur dengan keputusan tersebut dan tidak langsung menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi hakim.

Dengan itu, Yahudi tersebut pun masuk Islam kerana merasa sangat kagum dengan keadilan yang ditunjukkan oleh Islam.

Hanzalah Azman

Hati Meniti

HATI ialah ruang paling dalam pada diri manusia. Wajah boleh tersenyum, tutur kata boleh kedengaran tenang dan langkah boleh kelihatan