IPU Kuching terus meningkat, cecah 174

Facebook
WhatsApp
KUCHING mencatat IPU tertinggi di Sarawak pada 174 setakat 4.00 petang ini, diikuti Serian 171 dan Samarahan 165.

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuching terus meningkat apabila mencatat bacaan 174 setakat 4.00 petang ini, berbanding 161 pada 12.00 tengah hari.

Bacaan itu sekali gus meletakkan Kuching sebagai stesen yang merekodkan IPU tertinggi di Sarawak dan kekal pada tahap tidak sihat.

Serian turut menunjukkan peningkatan daripada 158 kepada 171, manakala Samarahan meningkat daripada 152 kepada 165 dalam tempoh sama.

Tiga lagi stesen yang mencatat tahap tidak sihat ialah Lundu dengan bacaan 139, Tebedu (128) dan Betong (MCAQM) (139).

Ini menjadikan enam daripada 20 stesen pemantauan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat setakat 4.00 petang.

Sementara itu, Sri Aman mencatat IPU 94, diikuti Lubok Antu (91), Sarikei (75), Sibu (74), Bintulu (63), Mukah (62) dan Samalaju (59), kesemuanya pada tahap sederhana.

Kanowit pula merekodkan bacaan 58, Lawas (56), Miri dan ILP Miri masing-masing (53) serta Limbang (51), juga pada tahap sederhana.

Hanya dua stesen mencatat kualiti udara pada tahap baik iaitu Kapit dengan bacaan 49 dan Bario, 36.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 adalah tidak sihat.

Maddox gugur nama Pitt secara sah

LOS ANGELES: Anak sulung Angelina Jolie dan Brad Pitt, Maddox, 25, secara sah menggugurkan nama Pitt daripada nama keluarganya. Mahkamah