Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MRCB cadang terbit program IMTN
  • BISNES

MRCB cadang terbit program IMTN

Utusan Sarawak 5 years ago
HASIL dikumpulkan daripada program IMTN akan digunakan oleh MRCB.

KUALA LUMPUR: Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) memaklumkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) cadangan menerbitkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) dengan nilai nominal sehingga RM5 bilion berasaskan kepada prinsip Syariah Murabahah.

MRCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, program IMTN itu akan mempunyai tempoh program berterusan dan diberikan penarafan awal AA-IS oleh Malaysian Rating Corporation Bhd.

Hasil yang dikumpulkan daripada program IMTN akan digunakan oleh MRCB dan anak-anak syarikat itu bagi modal kerja umum, perbelanjaan modal dan tujuan korporat am, yang patuh syariah.

“Program IMTN berfungsi sebagai sebuah platform pembiayaan bagi MRCB Group untuk membiayai pertumbuhan perniagaan dan menampung keperluan pembiayaan pada masa depan,” kata MRCB.

Sementara itu, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd merupakan Penasihat Prinsipal Bersama, Penyusun Utama Bersama dan Pengurus Utama bersama bagi program IMTN.  – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia punyai mudah tunai mencukupi
Next: PETRONAS jual limbungan Teluk Ramunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.