Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mpox: Empat kes varian baharu dilaporkan di Jerman
  • GLOBAL

Mpox: Empat kes varian baharu dilaporkan di Jerman

Utusan Sarawak 5 months ago
GAMBAR hiasan.

BERLIN: Pihak berkuasa Jerman semalam melaporkan empat kes varian baharu Clade Ib virus mpox, termasuk dua jangkitan melibatkan kanak-kanak dalam sebuah komuniti di barat negara itu berhampiran Cologne.

Kes pertama disahkan selepas seorang ahli keluarga melakukan perjalanan ke Afrika. Ujian lanjut mendapati virus itu turut menjangkiti tiga ahli keluarga lain, menurut kenyataan media daripada komuniti berkenaan. Keluarga itu kini sedang menjalani kuarantin, lapor Xinhua.

Sebagai langkah berjaga-jaga, bilik darjah di sekolah yang dihadiri dua kanak-kanak yang dijangkiti itu telah ditutup, dan pelajar akan mengikuti pembelajaran dalam talian sehingga Jumaat.

Jerman mencatatkan kes pertama varian Clade Ib pada Oktober lepas. Tiada kematian berkaitan mpox dilaporkan di negara itu setakat ini. – Bernama – Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan Chido ragut 15 nyawa, ribuan hilang tempat tinggal
Next: California tarik balik lebih banyak produk susu mentah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.