Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Morikawa rangkul kejuaraan pertama
  • SUKAN

Morikawa rangkul kejuaraan pertama

Utusan Sarawak 5 years ago

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA - AUGUST 09: Collin Morikawa of the United States reacts after the lid to the Wanamaker Trophy fell off during the trophy presentation after the final round of the 2020 PGA Championship at TPC Harding Park on August 09, 2020 in San Francisco, California. Tom Pennington/Getty Images/AFP

COLLIN Morikawa dari Amerika Syarikat gembira selepas dipersembahkan dengan trofi Wanamaker selepas pusingan akhir Kejuaraan PGA 2020 di TPC Harding Park di San Francisco, California. • Foto AFP

COLLIN Morikawa berjaya merangkul Kejuaraan PGA pada hari Ahad, merangkul kemenangan kejuaraan utama pertama beliau dengan 64 pukulan tanpa bogey di San Francisco.

Pemain berusia 23 tahun itu menang dalam penampilan kejohanan utama kedua sepanjang kariernya, meraih kemenangan dengan melakukan ‘eagle’ ajaib di lubang 16 untuk menang dengan dua pukulan.

Morikawa akhirnya menamatkan saingan 13di bawah par 267 di TPC Harding Park.

Pendahulu pusingan ketiga, Dustin Johnson harus berpusa hati dengan berkongsi tempat  kedua dengan Paul Casey dari England. Johnson melakukan 68 poukulan dan Casey menamatkan saingan dengan 66 pukulan untuk mencatat 11 di bawah par 269.

Day Jason, Matthew Wolff, Bryson DeChambeau, Tony Finau dan Scottie Scheffler semuanya terikat di kedudukan keempat, tiga pukulan di belakang Morikawa.

Morikawa melakukan empat birdie, termasuk dua di empat lubang pertamanya ketika dia bermula dengan baik. Tetapi eagle di lubang 16 yang memisahkannya dengan kelompok lain dalam carta pendahulu.

Brooks Koepka gagal dalam usaha merangkul gelaran ketiga bersejarah.

Juara bertahan PGA dua kali itu bermula dengan buruk dengan melakukan empat bogey di sembilan lubang pertama untuk menamatkan saingan dengan 74 pukulan di atas par.

Tiger Woods bangkit daripada pusingan ketiga yang mengecewakan untuk melakukan 67 pukulan dan menamatkan kejohanan satu di bawah par kejohanan.

Woods di atas green di peringkat awal kejohanan, tetapi berjaya menemui rentak beliau pada hari Ahad, hanya memerlukan 21 putt di pusingan keempat. – AFP

Continue Reading

Previous: Serena mahu terus beraksi dalam terbuka AS
Next: NAAM cadang anjur dua kejohanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.