Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Momentum kejayaan besar GPS PRN lalu, perlu diteruskan
  • PRU-15
  • SEMASA

Momentum kejayaan besar GPS PRN lalu, perlu diteruskan

Utusan Sarawak 3 years ago

RASMI... Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian memukul gendang besar pada majlis Sarawakku Sayang 2022 di Dewan Suarah Sibu, hari ini.

AKUN GIMAN

SIBU: Kejayaan besar dicapai Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada pilihan raya negeri Disember lalu, perlu diteruskan momentumnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, rakyat harus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan GPS.

“Saya harap rakyat Sibu supaya tidak terlalu emosi dan meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan GPS.

“Kepercayaan yang diberikan kepada GPS sejak pilihan raya negeri (PRN) lalu perlu diteruskan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Sarawakku Sayang 2022 di Dewan Suarah Sibu di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Timbalan kepada Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, ADUN Pelawan Michael Tiang dan ADUN Bukit Assek Joseph Chieng.

Pada pilihan raya negeri Disember lalu, GPS memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Pelawan, Bukit Assek dan Dudong di Sibu kecuali Bawang Assan (tewas).

Berdasarkan kiraan matemaik dan jika momentum itu berterusan pada PRU-15 ini, GPS boleh merampas kerusi Parlimen Bandar Sibu.

Continue Reading

Previous: Kembalikan Sibu kepada GPS
Next: Elak fitnah, provokasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.