Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mohon waran lantikan, kenaikan pangkat bagi PKP, PPKP
  • TEMPATAN

Mohon waran lantikan, kenaikan pangkat bagi PKP, PPKP

Utusan Sarawak 5 years ago
SIJIL PENGHARGAAN… Adnan Mat (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas barisan hadapan Covid-19, diiringi Presiden Kesatuan Inspektor Kesihatan (KIK) Sabri Sahari (kiri).

KUCHING: Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon agar waran lantikan dan juga kenaikan pangkat bagi jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) ditambah.

Presidennya, Adnan Mat berkata, apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi arahan untuk tidak mengurangkan penjawat awam walaupun kerajaan telah mengadakan e- kerajaan, CUEPACS memohon jawatan khususnya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan seperti PKP dan PPKP hendaklah diambil pengambilan.

“Pada ketika ini, jawatan ini semakin pupus, semakin tidak dilantik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk Majlis Bandaraya dan Majlis Daerah.

“Dan mereka ini hendaklah membuat pengisian kekosongan mengikut waran yang telah wujud kerana kerajaan melalui Perdana Menteri telah mengumumkan tidak ada pengecilan saiz perkhidmatan.

“Sebab itu perkhidmatan awam hendaklah memansuhkan pekeliling arahan yang meminta jawatan atau ketua jabatan mengecilkan saiz perkhidmatan sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini, dua peratus tahun hadapan dan satu peratus tahun ketiga, iaitu pengecilan saiz perkhidmatan yang dikurangkan sebanyak lima peratus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Petugas Barisan Hadapan Covid-19 di Auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Beliau berkata, dengan pengumuman itu juga, CUEPACS memohon supaya jawatan PKP dan PPKP iaitu pengkhususan kepada mereka ini diberi keutamaan untuk ditambah waran lantikan dan juga kenaikan pangkat.

“Kami dapati peluang kenaikan pangkat kepada mereka ini khususnya mereka yang bertugas di PBT adalah amatlah terhad,” katanya,

Adnan menjelaskan apabila kerajaan mengenalkan pengecilan saiz perkhidmatan kepada dua peratus pengurangan waran jawatan, jawatan ini tidak diisi apabila ada yang bersara, meninggal dunia atau bersara dengan pilihan.

“Oleh itu, kita mohon waran jawatan ini diisi semula selaras dengan tidak ada cadangan oleh kerajaan untuk pengecilan saiz perkhimatan,” katanya sambil menambah pengecilan saiz perkhidmatan mungkin berlaku disebabkan oleh sistem penggabungan jawatan pada masa akan datang.

Beliau berkata, ini bermakna skop tugas yang hampir sama mungkin akan digabungkan dengan jawatan lain tetapi fungsi asal masih dikekalkan, hanya nama jawatan digabungkan.

“Tetapi isu ini tidak timbul apabila jaminan PM supaya mengekalkan jumlah penjawatan awam sedia ada, bermakna yang telah diluluskan perlu diisi khususnya kepada mereka ini kerana mereka ini adalah yang terlibat dengan frontliner dan tugasan kritikal di luar sana,” katanya.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Lebuh Raya Pesisir Utara Pacu perdagangan, pelaburan BIMP-EAGA
Next: Konvensyen Mini Ke-2 Parti PBB di Betong hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.