Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Misi hantar bantuan makanan ke PPS Rumah Steven Jeli
  • Utara
  • WILAYAH

Misi hantar bantuan makanan ke PPS Rumah Steven Jeli

Utusan Sarawak 3 months ago
AGIH… Pihak bomba bersama pelbagai agensi lain mengagihkan bungkusan makanan kepada penduduk yang ditempatkan di PPS Rumah Steven Jeli di Muput, Tatau, semalam.

TATAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau melaksanakan misi penghantaran bantuan makanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven Jeli di Muput di sini semalam bagi membantu penduduk Rumah Sylvester Bunsu yang terjejas akibat banjir.

Menurut jurucakap JPBM Sarawak, perjalanan penghantaran makanan itu adalah sejauh 70 kilometer melalui laluan sungai bermula pada 11.29 pagi dari Jeti Pekan Tatau.

Pasukan dilaporkan tiba di PPS pada 3.00 petang dengan membawa 30 bungkusan makanan kering.

Setibanya di PPS, pasukan segera mengagihkan bantuan kepada penduduk dan proses pembahagian selesai dengan lancar.

Anggota bomba bersama agensi lain kemudiannya bertolak pulang ke Tatau dan tiba dengan selamat pada 4.00 petang.

Operasi itu melibatkan kerjasama pelbagai agensi, termasuk Pejabat Daerah Tatau, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta kehadiran Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai.

Logistik operasi turut dibantu dengan penggunaan sebuah bot PPD dan sebuah bot APM.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir tunjuk penurunan, situasi masih berisiko
Next: Banjir: Jumlah mangsa di PPS Tatau tidak berubah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.