Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Minum 10 botol minuman keras, pundi kencing pecah
  • GLOBAL

Minum 10 botol minuman keras, pundi kencing pecah

Utusan Sarawak 5 years ago
SEORANG lelaki terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat pundi kencingnya yang pecah. • Foto AFP

CHINA: Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas pundi kencingnya pecahnya.

Kejadian itu disebabkan mangsa menahan kencing selama 18 jam selepas sesi mengambil minuman keras.

Lelaki berusia 40 tahun itu meminum lebih 10 botol minuman keras pada satu malam, sebelum tertidur tanpa ke bilik air.

Dia kemudian mengalami kesakitan teramat sangat sebaik bangun dari tidur.

Weixin melaporkan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Hu, dimasukkan ke Hospital Rakyat Urologi Bandar Zhuji di China selepas pucat dan berpeluh.

Sebaik terjaga dari tidur pada pukul 7 malam waktu tempatan, perutnya berasa sakit sebelum dikejarkan ke hospital.

Wakil Jabatan Urologi, Zhu Lingfet menjelaskan bahawa Hu tidak boleh baring kerana otot perutnya menjadi tegang dan sakit untuk disentuh.

Walaupun mencuba beberapa kali, dia tidak dapat membuang air kecil disebabkan kesakitan yang dialaminya.

Bagaimanapun, pundi kencing lelaki itu didapati pecah selepas menjalani imbasan CT.

Dia kemudian dibawa segera untuk pembedahan bagi merawat pundi kencing. – AFP  

Continue Reading

Previous: Menteri Kanan Emeritus Singapura bersara
Next: Vietnam sedia buka pintu kepada pelancong asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.