Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Minat Turki wujudkan hubungan perdagangan langsung dialu-alukan
  • BISNES

Minat Turki wujudkan hubungan perdagangan langsung dialu-alukan

Utusan Sarawak 3 years ago

KOTA KINABALU, 21 Feb -- Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci menyampaikan cenderahati kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor selepas membuat kunjungan hormat di Menara Kinabalu hari ini.? --fotoBERNAMA(2022)HAK CIPTA TERPELIHARA

KUNJUNGAN HORMAT… Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Safa Kavakci menyampaikan cenderahati kepada
Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor selepas membuat kunjungan hormat di Menara Kinabalu, baru-baru ini.
• Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mengalu-alukan minat yang ditunjukkan oleh Turki untuk mewujudkan hubungan perdagangan secara langsung dengan negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

“Kami mengalu-alukan idea itu dan kerajaan Sabah akan melakukan yang terbaik untuk memudahkan pelaburan dari Turki,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Turki ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakci di Menara Kinabalu di sini, baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Kavakci memberitahu Hajiji bahawa Turki menganggap Sabah sebagai pintu masuk ke rantau ASEAN dan bukan hanya sebagai salah satu negeri di Malaysia semata-mata.

Beliau berkata, delegasi perniagaan Turki akan melawat Kuala Lumpur pada Mac dan beberapa ahli perniagaan itu akan datang ke Sabah untuk mencari usaha pelaburan.

Kavakci berkata, selain inisiatif perdagangan dan pendidikan, beliau berhasrat untuk mempromosikan tarikan pelancongan Sabah bukan sahaja di Turki tetapi juga dalam kalangan negara jiran yang mempunyai hubungan dengan Turki.

Rombongan duta besar itu termasuklah Kaunselor Perdagangan Elif Haliloglu Gungunes, Kaunselor Hal Ehwal Maklumat dan Pelancongan Begum Sahin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untung, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Datuk Madiyem Layapan dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Jamine Teo.- Bernama

Continue Reading

Previous: MPC: Malaysia menuju 10 tangga teratas
Next: Scoot lancar khidmat sulung Miri – Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.