
MEXICO CITY, Mexico: Tuan rumah bersama Mexico mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A Piala Dunia dengan rekod sempurna selepas menewaskan Republik Czech 3-0 di Estadio Azteca sebentar tadi.

Mexico mara ke pusingan 32 pasukan di stadium sama pada 30 Jun, manakala Republik Czech pulang awal selepas menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan.
Mateo Chavez membuka jaringan pada minit ke-55 sebelum Julian Quinones memanfaatkan kekecohan pertahanan Czech enam minit kemudian untuk menambah gol.

Alvaro Fidalgo melengkapkan malam cemerlang Mexico apabila menyambar masuk hantaran silang pada minit keempat masa tambahan.
Mexico turut memasukkan penjaga gol veteran Guillermo Ochoa sebagai pemain gantian babak kedua, sekali gus membolehkan beliau beraksi di Piala Dunia keenam pada usia 40 tahun. – AFP






