
Commuters show their ID's as entering to the United States at the San Ysidro crossing port in Tijuana, Baja California state, Mexico on June 16, 2020, amid the COVID-19 coronavirus pandemic. - Officials from both countries confirmed today that travel restrictions to non essential crossings at the US-Mexico border will be extended an additional month. (Photo by Guillermo Arias / AFP)

MEXICO: Mexico dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju melanjutkan lagi larangan perjalanan rentas sempadan darat untuk urusan tidak penting sehingga 21 Julai, di tengah-tengah penularan Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Larangan perjalanan itu dilanjutkan untuk 30 hari lagi sejak ia mula diperkenalkan pada 21 Mac, menurut Twitter Kementerian Hal Ehwal Luar Mexico pada Selasa.
Bagaimanapun larangan itu terkecuali untuk tujuan perubatan.
AS negara di dunia yang paling teruk diancam Covid-19, dengan lebih dua juta kes jangkitan dan korban melebihi 110,000 orang.
Mexico pula melaporkan lebih 150,000 kes jangkitan dan 17,580 kematian.- Bernama