Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Mesyuarat tuntutan lima peratus SST 17 September ini
  • BISNES

Mesyuarat tuntutan lima peratus SST 17 September ini

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO’ Sri Fadillah Yusof

KUCHING: Satu mesyuarat berkenaan cara penyelesaian komersial berhubung tuntutan lima peratus cukai jualan negeri (SST) ke atas produk Petroleum Sarawak oleh Jawatankuasa Kerja akan diadakan pada 17 September ini di Kuching.

Menteri Kanan Infrastruktur (Kerja Raya) Dato Sri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat tersebut akan diadakan tepat selepas sambutan Hari Malaysia tahun ini.

“Mesyuarat ini adalah bagi mendapatkan maklumat terkini dari Jawatankuasa Kerja mengenai apa yang telah mereka capai dalam semua rundingan dan perbincangan sebelumnya,” jelas Fadillah kepada pemberita selepas menghadiri Pameran Hari Malaysia Ku: Diari Seorang Pengkarya di Pustaka Negeri, semalam.

Beliau berkata selepas mesyuarat, satu laporan sebenar mengenai perkara yang telah disepakati dapat diperolehi.

“Dan kita juga ingin tahu perkara apa yang mereka (Kerajaan Persekutuan) tidak dapat selesaikan.

 “Biasanya, apa yang berlaku jika ada yang tidak dapat diselesaikan, kita akan merujuk kepada jawatankuasa tertinggi yang ada di antara Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg),” jelasnya.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perselisihan sebelum ini dalam mesyuarat yang akan datang.

“Dalam mesyuarat sebelum ini, yang pertama kita telah lihat, kedua-dua pihak telah menarik balik kes itu di mahkamah, rayuan telah ditarik, dengan kata lain kedua-dua pihak telah bersetuju dengan perjanjian yang kita sebut penyelesaian komersial antara PETRONAS dan Sarawak

“Kedua, PETRONAS juga telah mengatakan bahawa mereka akan menyelesaikan semua pembayaran berkenaan dengan SST.

“Oleh itu, ini adalah yang sedang dilihat oleh Jawatankuasa Kerja dan mereka telah bersetuju bahawa semuanya akan dimuktamadkan dan semua pembayaran akan dibayar sebelum akhir September,” katanya.

Memetik laporan Bernama, Jawatankuasa itu ditubuhkan untuk memudahkan rundingan antara Kerajaan Sarawak dan persekutuan dan ia dipengerusikan bersama oleh Fadillah dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bersama-sama dengan kerajaan Sarawak dan Petronas.

Jawatankuasa itu mengadakan mesyuarat pertamanya pada 17 Jun di Kementerian Kewangan (KKM) dan dihadiri oleh delegasi Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, serta perwakilan dari PETRONAS.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: SME Bank tanggung RM3.45 juta bayaran sewa
Next: Niaga minyak sawit mentah bakal naik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.