Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mesyuarat bincang atasi masalah banjir
  • TEMPATAN

Mesyuarat bincang atasi masalah banjir

Utusan Sarawak 5 years ago
PERBINCANGAN… Dr. Annuar Rapa’ee (kiri) bermesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan di Sibu, kelmarin.

SIBU: Satu mesyuarat antara agensi melibatkan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Dr Annuar Rapa’ee diadakan di sini semalam.

Mesyuarat antara lain membincangkan masalah jalan masuk yang sentiasa terputus disebabkan banjir di kawasan perumahan di Kampung Hijrah Blok C dan D baru-baru ini.

Selain cadangan membina jalan yang lebih tinggi, cadangan pemasangan pintu banjir di Blok C juga dipersetujui bagi mengelak air sungai mengalir masuk ke kawasan yang terjejas.

Menurut kenyataan ahli majlis MPS di laman Facebook kelmarin, agen pelaksana adalah JKR Sarawak dan pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu akan bermula setelah tender dikeluarkan oleh Pejabat Residen Sibu.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, ahli majlis MPS juga mendedahkan JPS Sarawak sejak beberapa hari lalu melaksanakan proses pengorekan perparitan di sekitar kawasan Kampung Hijrah Blok C.

Semasa kerja pengorekan dijalankan, keadaan parit dipenuhi dengan kayu yang menyebabkan aliran air parit tidak lancar.

Dengan kerja-kerja pengorekan itu, akan dapat melancarkan pengairan air ke saliran utama bagi mengurangkan masalah banjir di sekitar kawasan Blok C Kampung Hijrah.

Oleh Nurzilla Mohamad

Continue Reading

Previous: Premis digesa daftar MySejahtera, Qmunity
Next: Belia digesa terus proaktif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.