Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MESR tangani krisis ekonomi
  • BISNES

MESR tangani krisis ekonomi

Utusan Sarawak 5 years ago
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan semalam mengeluarkan laporan Kajian Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) yang bermanfaat kepada pihak berkepentingan dan kerajaan bagi mempercepatkan dasar strategik menangani krisis ekonomi dengan cekap dalam mengatasi cabaran dihadapi rakyat.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, MESR adalah inisiatif pertama Jabatan Perangkaan dalam menghasilkan statistik rasmi melalui sorotan senario ekonomi bagi perniagaan dan isi rumah semasa menghadapi pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan semalam, beliau berkata, orang ramai turut berminat untuk menilai dan memahami krisis luar biasa ini bagi mengatasi masalah kelangsungan hidup.

Justeru, sebagai penjana statistik rasmi negara, beliau berkata, jabatan itu telah mengeluarkan laporan komprehensif tersebut untuk memberikan maklumat yang teratur mengenai keadaan semasa.

Mengulas mengenai laporan berkenaan, Mohd Uzir berkata, pandemik Covid-19 akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan pengangguran yang tinggi serta banyak kelemahan.

“Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk mengatasi penularan wabak ini dan melaksanakan pelbagai program bagi mengurangkan kesan terhadap ekonomi.

“Pandemik Covid-19 telah menyaksikan peningkatan permintaan terhadap statistik ekonomi dan sosial oleh kerajaan untuk mempermudah usaha meringankan cabaran dalam situasi semasa,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Azam buka stesen minyak tercapai
Next: Eksport sarung tangan lonjak 16 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.