Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Menteri KWKPK adakan kunjungan hormat kepada Abang Jo
  • TEMPATAN

Menteri KWKPK adakan kunjungan hormat kepada Abang Jo

Utusan Sarawak 5 years ago
KUNJUNGAN HORMAT… Abang Jo (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Fatimah (kiri) dan Noriah (kanan) di pejabat beliau, kelmarin • Foto PENERANGAN

KUCHING:Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, kelmarin.

Tujuan kunjungan adalah untuk menjemput Abang Jo merasmikan majlis Sambutan Hari Wanita 2020 Sarawak (HW20) yang akan diadakan pada 29 Ogos nanti.

Sambutan Hari Wanita Sarawak merupakan sebuah program tahunan anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak dan objektif program ialah untuk menghargai pencapaian dan sumbangan wanita Sarawak dalam pelbagai bidang.

Tema sambutan HW20 pada kali ini ialah ‘Sarawak Women in Digital Era’ bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita Sarawak dalam bidang digital sekaligus sebagai persediaan wanita Sarawak menuju Revolusi Industri 4.0.

Enam Anugerah Tokoh Wanita akan disampaikan pada tahun ini iaitu, Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Anugerah Ketua Menteri Penggiat Sosial Wanita, Anugerah Ketua Menteri Usahawan Wanita, Anugerah Ketua Menteri Kepimpinan Wanita, Anugerah Ketua Menteri Pencapaian Khas (Digital) dan Anugerah Pertubuhan Wanita Cemerlang.

Turut hadir ialah, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak, Noriah Ahmad. – Penerangan

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak tanggung sepenuhnya
Next: Pemuda DAP perlu diambil tindakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.