Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Media Sarawak digesa buat liputan adil, tak tertumpu kepada golongan tertentu – Senator Pele
  • SEMASA

Media Sarawak digesa buat liputan adil, tak tertumpu kepada golongan tertentu – Senator Pele

Utusan Sarawak 3 weeks ago

LIMBANG: Agensi media di Sarawak, termasuk stesen penyiaran milik negeri seperti TV Sarawak (TVS), digesa agar bersikap adil dalam membuat liputan berita merangkumi semua lapisan masyarakat, dan tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom, berkata media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar serta agenda pembangunan kerajaan, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, liputan yang menyeluruh perlu diberikan dan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada menteri atau timbalan menteri semata-mata.

“Ini penting bagi memastikan rakyat di peringkat akar umbi mendapat maklumat yang tepat dan sahih berkenaan program serta projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, peranan media dalam menjalin hubungan antara wakil rakyat dan rakyat amat penting, termasuk dirinya sebagai seorang senator.

“Saya mencadangkan agar peranan media, khususnya TVS sebagai contoh, diperluaskan kepada semua golongan masyarakat dan tidak hanya memberi tumpuan kepada mereka yang memegang jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri sahaja,” jelasnya.

Pele turut menekankan bahawa media tempatan di Sarawak mempunyai tanggungjawab besar dalam menyampaikan maklumat yang telus dan sahih kepada rakyat.

Beliau berkata, cabaran media masa kini semakin besar kerana perlu bersaing dengan lambakan maklumat yang tidak disahkan di media sosial.

“Oleh itu, adalah penting untuk memperluas liputan berita kepada semua segmen masyarakat termasuk agensi kerajaan, agar rakyat mendapat informasi yang betul dan boleh dipercayai,” tambahnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pertikaian tanah NCR perlu diselesai secara berhemah – Awang Tengah
Next: Persahabatan China-Malaysia kekal abadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.